Pages

Rabu, 2 Mac 2011

DESTINASI PELANCONGAN DI MALAYSIA























Apakah nama tempat pelancongan ini ?
Di mana destinasi pelancongan ini terletak ?
Apa keistimewaan tempat ini ?
Bagaimana mahu menarik pelancong ke sana ?
Siapa perlu melaksanakan tanggungjawab ini ?
Bila promosi hendak dilakukan ?
Bagaimana promosi dilakukan ?

POLA KESELARASAN VOKAL ASRAF

Selasa, 1 Mac 2011

YANG BOLEH DAN TAK BOLEH

Yang tak boleh :
1. Faktor kemerosotan mutu sukan bola sepak di Malaysia.
Ulasan : Beri kelebihan kepada pelajar yang minat sukan bola sepak.

Yang boleh :
1. Faktor kemerosotan mutu sukan di Malaysia.


Yang tak boleh :
1. Punca kesesakan di jalan raya.
Ulasan : Beri kelebihan kepada calon yang tinggal di bandar besar kerana sentiasa berdepan dengan isu tersebut.

Kesesakan jalan raya mungkin sangat jarang berlaku di kawasan pedalaman Sarawak. Mungkin ada pelajar yang tidak tahu apa itu kesesakan lalu lintas.
Yang boleh :
1. Punca kemalangan di jalan raya.

KOLEKSI KARANGAN

KOLEKSI KARANGAN RESPONS TERBUKA
TAHUN 2004-2010

DIMENSI KOMSAS / PERIBAHASA


TAHUN

SOALAN
2004 (N)
Masyarakat Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada golongan yang terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat negara maju.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memartabatkan golongan ini.
2005 (J)
Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan cerita rakyat semakin kurang diminati.
Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional ini.
2005 (N)
”Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat.
Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk.
2006 (J)
Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan semangat patriotik.
Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik.
2006 (N)
Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk peribadi yang baik dalam kalangan pembaca.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2007 (J)
Pembacaan karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa, kemahiran menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam diri murid.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2007 (N)
Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di bawah.
Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini
memang salah !
Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat
untuk engkau kembali ke pangkal jalan
2008 (J)
Peribahasa ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’ membawa maksud bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan berjaya juga akhirnya.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas.
2008 (N)
5. Yang kurik itu kundi
Yang merah itu saga
Yang baik itu budi
Yang indah itu bahasa.
Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat.
2009 (J)
Negara kita kaya dengan seni dan budaya bangsa yang unik dan menarik seperti wayang kulit, tarian singa, tarian sumazau dan sebagainya. Usaha bagi mempromosikan seni dan budaya ini perlu ditingkatkan sebagai satu daripada produk pelancongan negara kita.
Huraikan langkah-langkah bagi mempromosikan semi dan budaya Malaysia ke luar negara.
2009 (N)
Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengajaran.
Berdasarkan novel tersebut, jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat dijadikan pedoman dalam kehidupan kita.
2010 (J)
Jika ilmu dikaji teliti,
di sungai cabaran tersedia titi.
Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah.

Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam kehidupan.
Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu.
2010 (N)
Peribahasa 'Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan usaha, pasti ada kejayaan.
Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa tersebut.

DIMENSI ANTARABANGSA/ GLOBAL/ SERANTAU


TAHUN
SOALAN
2004 (N)
Dunia hari ini penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan, kelulusan akademik semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang perlu dikuasai untuk membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya yang akan diceburi sesuai dengan perkembangan dunia tanpa sempadan.
Tulis sebuah rencana tentang persediaan yang perlu dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa akan datang.
2005 (J)
Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara jiran wajar dipelihara.
Bincangkan.
2005 (N)
Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2006 (J)
Malaysia mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab itu, kita tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan sebagai jalan penyelesaian sesuatu masalah.
Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia.
2006 (N)
Masalah jerebu yang berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan negara-negara jiran.
Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut.
2007 (J)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing Membawa Kebaikan Kepada Negara’.
Tulis hujah-hujah anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu.
2007 (N)
Kemiskinan masih menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara kaya di dunia.
Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin.
2008 (J)
Rakyat Malaysia yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada peringkat antarabangsa.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (N)
Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2009 (J)
Malaysia masih mengimport bahan makanan dari negara luar sedangkan negara kita mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bahan makanan bagi keperluan tempatan.
Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan negara.
2009 (N)
Pemanasan global telah menjadi isu antarabangsa. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah `Kesan-Kesan Pemanasan Global terhadap Bumi dan Hidupannya'.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2010 (N)
Penyakit berjangkit seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak telah menjadi isu global.
Huraikan langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk menangani wabak penyakit tersebut.

DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/
NEGARA / KEJIRANAN SETEMPAT


TAHUN

SOALAN
2004 (N)
Anda mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh tersebut dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan.
Nyatakan tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan beliau menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan.
2005 (J)
Anda akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa dan Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa Amalan Mulia”
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya.
2005 (N)
Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.
Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.
2006 (J)
Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam kalangan rakyat di negara kita.
Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat untuk menjayakan hasrat tersebut.
2006 (N)
Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.
Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita
2007 (J)
Pelbagai usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok yang telah dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda ingin menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.
Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap Kesihatan ’.
Tulis rencana itu selengkapnya.
2007 (N)
Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.
2008 (J)
Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri. Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’.
Tulis teks pidato itu selengkapnya.
2008 (N)
Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.
Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.
2009 (J)
Aktiviti sukan lasak seperti berkayak, berbasikal lasak dan memanjat dinding semakin menarik minat masyarakat.
Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti sukan lasak.
2009 (N)
Aktiviti bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan rumah seperti pengaaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam kalangan masyarakat.
Huraikan kebaikan-kebaikannya.
2010 (J)
Isu kenaikan harga barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan
pelbagai kesan terhadap rakyat di negara ini.
Tulis sebuah rencana yang berta juk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan Harga Barang'.

2010 (N)
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta

Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.


DIMENSI KELUARGA / IBU BAPA/ ADIK-BERADIK


TAHUN

SOALAN
2004 (N)
Anda akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ”
Tulis syarahan itu selengkapnya.
2005 (J)
Ada pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga.
Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut.
2005 (N)
Keluarga memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan anak-anak. Oleh itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah.
Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan sahsiah anak-anak.
2006 (J)
Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.
Berikan komen anda tentang pernyataan di atas.
2006 (N)
Ibu bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari Keluarga, anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai Jasa Ibu Bapa”
Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.
2007 (J)
Keluarga anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan sambutan hari perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis tersebut.
Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka.
2007 (N)
Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan kepada keluarga dan negara.
Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu
2008 (J)
Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan sesebuah keluarga.
Bincangkan.
2008 (N)
Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk tinggal bersama-sama keluarga tersayang.
Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga.
2009 (J)
Anda mengambil bahagian dalam satu pertandingan syarahan. Tajuk yang anda pilih ialah `Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan Anak-Anak'.
Tulis syarahan itu selengkapnya
2009 (N)
Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang berguna.
Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan harapan mereka itu tercapai.
2010 (J)
Amalan meraikan hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari lahir setiap ahli keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat.
Huraikan kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut.
2010 (N)
Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu
Situasi seperti yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat.
Jelaskan tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa.

SOALAN DIMENSI INDIVIDU/ REMAJA/ DIRI SENDIRI


TAHUN

SOALAN
2004 (N)
Golongan remaja merupakan aset penting kepada negara pada masa hadapan. Mereka bakal menerajui pemerintahan negara, menjadi tenaga yang memajukan negara dan menjaga kedaulatan negara daripada pelbagai ancaman.
Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut
2005 (J)
Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum sesuatu cita-cita itu dicapai.
Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya.
2005 (N)
Remaja memang suka mengikut trend semasa dari segi gaya hidup dan berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup masyarakat Malaysia pada masa akan datang.
Ulas pernyataan di atas
2006 (J)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan di peringkat daerah sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan anda ialah “Amalan Gaya Hidup Sihat”.
Sediakan teks syarahan anda selengkapnya
2006 (N)
Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini.
Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh dengan menguasai kemahiran ICT
2007 (J)
Setiap individu perlu mengamalkan sifat berjimat-cermat.
Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan ini.
2007 (N)
Anda mengambil bahagian dalam pertandingan syarahan peringkat sekolah. Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk Rakyat Berkualiti ’
Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.
2008 (J)
Kitar semula merupakan satu daripada kaedah pengurusan bahan terbuang.
Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar semula
2008 (N)
Sebagai setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan untuk menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan di sekolah anda.
Sediakan laporan itu selengkapnya.
2009 (J)
Anda telah memohon biasiswa setelah mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan dengan itu, anda perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa tersebut.
Jelaskan perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam temu duga tersebut.
2009 (N)
Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara.
Jelaskan pernyataan di atas.
2010 (J)
Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang membantu mangsa bencana alam.
Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas tersebut
2010 (N)
Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah.
Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak sekolah membentuk murid yang berdisiplin.