KOLEKSI KARANGAN RESPONS TERBUKA
TAHUN 2004-2010
DIMENSI KOMSAS / PERIBAHASA
TAHUN 2004-2010
DIMENSI KOMSAS / PERIBAHASA
| TAHUN | SOALAN | 
| 2004 (N) | Masyarakat  Malaysia masih kurang memberikan pengiktirafan kepada   golongan yang  terlibat dalam bidang sastera berbanding dengan masyarakat   negara  maju. Berikan pendapat anda tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk   memartabatkan golongan ini. | 
| 2005 (J) | Sastera tradisional seperti pantun, syair, gurindam, seloka dan   cerita rakyat semakin kurang diminati. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk mempopularkan sastera tradisional   ini. | 
| 2005 (N) | ”Bulat  air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat” bermaksud    perpaduan dapat diwujudkan melalui kerjasama anggota masyarakat. Berdasarkan maksud peribahasa tersebut, tulis cerpen yang   menggambarkan kerjasama dalam kehidupan masyarakat majmuk. | 
| 2006 (J) | Remaja kini kurang berminat untuk membaca karya yang bertemakan   semangat patriotik.  Berikan saranan anda bagaimana untuk menggalakkan remaja supaya   membaca karya-karya yang bertemakan semangat patriotik. | 
| 2006 (N) | Penghayatan nilai-nilai murni dalam karya sastera dapat membentuk   peribadi yang baik dalam kalangan pembaca. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. | 
| 2007 (J) | Pembacaan  karya-karya sastera dapat meningkatkan penguasaan bahasa,   kemahiran  menghasilkan karya kreatif dan penerapan nilai-nilai murni dalam   diri  murid. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. | 
| 2007 (N) | Tulis sebuah cerpen atau skrip drama yang berakhir dengan dialog di   bawah. Adam : Aku menyesal; segala-gala yang aku lakukan selama ini  memang salah ! Haris : Syukurlah, engkau telah sedar! Masih belum terlambat  untuk engkau kembali ke pangkal jalan | 
| 2008 (J) | Peribahasa  ’ Belakang parang pun jikalau diasah nescaya tajam’   membawa maksud  bahawa orang yang kurang pandai kalau rajin belajar akan   berjaya juga  akhirnya. Tulis sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa di atas. | 
| 2008 (N) | 5. Yang kurik itu   kundi Yang merah itu saga Yang baik itu budi Yang indah itu bahasa. Pantun di atas menjelaskan bahawa budi bahasa penting dalam kehidupan manusia. Bincangkan kepentingan amalan berbudi bahasa dalam masyarakat. | 
| 2009 (J) | Negara  kita kaya dengan seni dan budaya bangsa yang unik dan menarik   seperti  wayang kulit, tarian singa, tarian sumazau dan sebagainya. Usaha bagi    mempromosikan seni dan budaya ini perlu ditingkatkan sebagai satu  daripada   produk pelancongan negara kita. Huraikan   langkah-langkah bagi mempromosikan semi dan budaya Malaysia ke luar negara. | 
| 2009 (N) | Anda telah membaca sebuah novel yang mengandungi banyak pengajaran. Berdasarkan novel tersebut, jelaskan pengajaran-pengajaran yang dapat   dijadikan pedoman dalam kehidupan kita. | 
| 2010 (J) | Jika ilmu dikaji teliti, di sungai cabaran tersedia titi. Ilmu dituntut dengan tabah, yakin diri bertambah-tambah. Petikan gurindam di atas menggambarkan bahawa ilmu sangat penting dalam   kehidupan. Bincangkan kelebihan orang yang menguasai pelbagai ilmu. | 
| 2010 (N) | Peribahasa 'Di mana   ada kemahuan, di situ ada jalan’ membawa maksud bahawa jika ada azam dan   usaha, pasti ada kejayaan. Tulis  sebuah cerpen berdasarkan maksud peribahasa   tersebut. | 
DIMENSI ANTARABANGSA/ GLOBAL/ SERANTAU
 
| TAHUN | SOALAN | 
| 2004 (N) | Dunia  hari ini   penuh dengan persaingan. Untuk mendapatkan pekerjaan,  kelulusan akademik   semata-mata tidak cukup. Banyak faktor lain yang  perlu dikuasai untuk   membolehkan seseorang itu berjaya dalam kerjaya  yang akan diceburi sesuai   dengan perkembangan dunia tanpa sempadan. Tulis sebuah   rencana tentang persediaan yang perlu   dilakukan oleh seseorang pelajar untuk menghadapi persaingan kerja pada masa   akan datang. | 
| 2005 (J) | Hubungan baik antara Malaysia dengan negara-negara   jiran wajar dipelihara. Bincangkan. | 
| 2005 (N) | Pada masa ini, persengketaan dan peperangan masih   berlaku di beberapa tempat. Hal ini telah menjejaskan keharmonian sosial dan perkembangan ekonomi dunia. Berikan komen anda   tentang pernyataan tersebut. | 
| 2006 (J) | Malaysia    mementingkan kesejahteraan dan keamanan dunia sejagat. Oleh sebab  itu, kita   tidak menyokong sebarang bentuk keganasan dan peperangan  sebagai jalan   penyelesaian sesuatu masalah. Huraikan peranan yang wajar dimainkan oleh negara   kita untuk terus mengekalkan kesejahteraan dan keamanan dunia. | 
| 2006 (N) | Masalah jerebu yang   berlaku dirantau ini dapat ditangani secara berkesan melalui kerjasama dengan   negara-negara jiran. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh   Malaysia dengan negara-negara jiran untuk menangani masalah tersebut. | 
| 2007 (J) | Anda mengambil   bahagian dalam pertandingan bahas di peringkat daerah. Tajuk perbahasan itu   ialah ’ Kemasukan Pekerja Asing   Membawa Kebaikan Kepada Negara’. Tulis hujah-hujah   anda sebagai pencadang dalam pertandingan itu. | 
| 2007 (N) | Kemiskinan masih   menjadi masalah utama di kebanyakan negara, walaupun terdapat banyak negara   kaya di dunia. Sarankan bentuk sumbangan yang dapat diberikan oleh   negara-negara kaya untuk membantu negara-negara miskin. | 
| 2008 (J) | Rakyat Malaysia   yang berada di luar negara dapat memainkan peranan untuk mempromosikan negara kita dalam pelbagai aspek pada   peringkat antarabangsa. Berikan pendapat   anda tentang pernyataan di atas. | 
| 2008 (N) | Penyertaan setiap negara dalam pertandingan sukan   pada peringkat antarabangsa dapat mengeratkan hubungan masyarakat dunia. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. | 
| 2009 (J) | Malaysia  masih mengimport bahan makanan dari negara luar sedangkan   negara kita  mempunyai kemampuan untuk menghasilkan bahan makanan bagi   keperluan  tempatan. Berikan  pendapat anda tentang usaha-usaha yang   perlu dilakukan untuk  meningkatkan pengeluaran bahan makanan bagi keperluan   negara. | 
| 2009 (N) | Pemanasan  global telah menjadi isu antarabangsa. Sehubungan dengan   itu, anda  ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk    rencana tersebut ialah `Kesan-Kesan Pemanasan Global terhadap Bumi dan    Hidupannya'. Tulis rencana itu selengkapnya. | 
| 2010 (N) | Penyakit berjangkit   seperti selesema burung, influenza A (H1N1) dan meningitis atau radang otak   telah menjadi isu global. Huraikan   langkah-langkah yang perlu diambil oleh negara-negara di dunia untuk   menangani wabak penyakit tersebut. | 
DIMENSI MASYARAKAT/ KERAJAAN/ 
NEGARA / KEJIRANAN SETEMPAT
| TAHUN | SOALAN | 
| 2004 (N) | Anda  mempunyai tokoh sanjungan kerana pencapaian cemerlang tokoh   tersebut  dalam bidang yang diceburinya. Tokoh sanjungan ini menjadi pendorong    untuk anda mencapai kejayaan dalam kehidupan. Nyatakan  tokoh sanjungan anda itu dan jelaskan sebab-sebab kejayaan   beliau  menjadi inspirasi kepada anda untuk mencapai kecemerlangan. | 
| 2005 (J) | Anda  akan menyertai pertandingan syarahan sempena Kempen Budi bahasa   dan  Nilai-Nilai Murni. Tajuk syarahan yang anda pilih ialah ” Budi Bahasa    Amalan Mulia” Sediakan teks syarahan anda selengkapnya. | 
| 2005 (N) | Pencapaian  beberapa   jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan  itu, Kementerian   Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur  strategi bagi   mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara. Tulis rencana   tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi   meningkatkan mutu sukan negara. | 
| 2006 (J) | Masyarakat berperanan penting bagi mengukuhkan perpaduan dalam   kalangan rakyat di negara kita.  Jelaskan aktiviti-aktiviti yang dapat dilaksanakan oleh masyarakat   untuk menjayakan hasrat tersebut. | 
| 2006 (N) | Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam   meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan   industri pertanian di negara kita | 
| 2007 (J) | Pelbagai  usaha telah dilakukan untuk menjayakan kempen antimerokok   yang telah  dilancarkan oleh kerajaan. Sebagai rakyat yang prihatin, anda   ingin  menulis sebuah rencana dalam akhbar tempatan.  Tajuk rencana itu ialah ’ Kesan Buruk Tabiat Merokok Terhadap   Kesihatan ’. Tulis rencana itu selengkapnya. | 
| 2007 (N) | Kerajaan  telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan   kemahiran  seperti Kolej Komuniti, institut Latihan Perindustrian dan Pusat   Giat  Mara. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya    lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan. Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas. | 
| 2008 (J) | Anda mewakili sekolah dalam pertandingan pidato peringkat negeri.   Tajuk pidato ialah ’Dadah Membawa Padah’. Tulis teks pidato itu selengkapnya. | 
| 2008 (N) | Penyakit demam   denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang   membimbangkan negara. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya. | 
| 2009 (J) | Aktiviti sukan lasak seperti berkayak, berbasikal lasak dan memanjat   dinding semakin menarik minat masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikan menyertai aktiviti   sukan lasak. | 
| 2009 (N) | Aktiviti  bercucuk tanam untuk keperluan harian di sekitar kawasan   rumah  seperti pengaaman cili, serai dan sayur-sayuran perlu digalakkan dalam    kalangan masyarakat. Huraikan kebaikan-kebaikannya. | 
| 2010 (J) | Isu kenaikan harga   barang keperluan hanan perlu ditangani kerana kenaikan itu menimbulkan pelbagai kesan   terhadap rakyat di negara ini. Tulis sebuah   rencana yang berta juk `Peranan Pelbagai Pihak dalam Menangani Isu Kenaikan   Harga Barang'. | 
| 2010 (N) | Negaraku Tanah tumpahnya darahku Rakyat hidup bersatu dan maju Rahmat bahagia Tuhan kurniakan Raja kita selamat bertakhta Lirik lagu Negaraku   di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat   kepada raja dan negara. Huraikan  peranan   setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejahteraan negara  sebagaimana yang   dihasratkan dalam lirik tersebut. | 
DIMENSI KELUARGA / IBU BAPA/ ADIK-BERADIK
| TAHUN | SOALAN | 
| 2004 (N) | Anda  akan mewakili sekolah anda dalam satu pertandingan syarahan.   Tajuk  syarahan tersebut ialah ” Keluarga Bahagia Penjana Masyarakat Harmoni ” Tulis syarahan itu selengkapnya. | 
| 2005 (J) | Ada  pihak yang berpendapat bahawa masalah keruntuhan akhlak dalam    kalangan remaja berpunca daripada kegagalan institusi keluarga. Berikan komen anda tentang pernyataan tersebut. | 
| 2005 (N) | Keluarga  memainkan peranan penting dalam mencorakkan kehidupan   anak-anak. Oleh  itu pendidikan anak-anak sebenarnya bermula di rumah. Berikan pendapat anda tentang peranan keluarga dalam pembentukan   sahsiah anak-anak. | 
| 2006 (J) | Peranan ibu bapa, sokongan ahli keluarga dan usaha diri sendiri   banyak mempengaruhi kejayaan seseorang pada masa depan.  Berikan komen anda tentang pernyataan di atas. | 
| 2006 (N) | Ibu  bapa merupakan insan terpenting dalam hidup setiap manusia. Jasa    mereka kepada kita tidak ternilai harganya. Sempena sambutan Hari  Keluarga,   anda diminta untuk menyampaikan ceramah bertajuk ”Menghargai  Jasa Ibu Bapa” Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. | 
| 2007 (J) | Keluarga  anda mengadakan majlis rumah terbuka bersempena dengan   sambutan hari  perayaan. Ramai saudara, rakan dan jiran mengunjungi majlis   tersebut. Jelaskan kebaikan-kebaikan mengadakan majlis rumah terbuka. | 
| 2007 (N) | Pelaksanaan waktu bekerja lima hari seminggu banyak membawa kebaikan   kepada keluarga dan negara. Jelaskan kebaikan-kebaikan pelaksanaan waktu bekerja lima hari   seminggu | 
| 2008 (J) | Hubungan baik antara ahli keluarga dapat menjamin kebahagiaan   sesebuah keluarga. Bincangkan. | 
| 2008 (N) | Setiap orang ingin akan kawasan petempatan yang terancang untuk   tinggal bersama-sama keluarga tersayang. Jelaskan ciri-ciri sebuah petempatan yang menjadi idaman anda sekeluarga. | 
| 2009 (J) | Anda  mengambil bahagian dalam satu pertandingan   syarahan. Tajuk yang anda  pilih ialah `Keluarga Bahagia Penentu Kecemerlangan   Anak-Anak'. Tulis syarahan itu selengkapnya | 
| 2009 (N) | Ibu bapa sentiasa mengharapkan anak-anak mereka menjadi insan yang   berguna. Bincangkan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa untuk   memastikan harapan mereka itu tercapai. | 
| 2010 (J) | Amalan  meraikan   hari-hari istimewa seperti Hari Ibu, Hari Bapa dan hari  lahir setiap ahli   keluarga semakin popular dalam kalangan masyarakat. Huraikan   kepentingan-kepentingan meraikan hari-hari istimewa tersebut. | 
| 2010 (N) | Seorang ibu dapat menjaga sepuluh orang anak tetapi sepuluh orang anak belum tentu dapat menjaga seorang ibu Situasi seperti   yang di atas seharusnya tidak berlaku dalam sesebuah masyarakat. Jelaskan   tanggungjawab yang sepatutnya dilaksanakan oleh anak-anak terhadap ibu bapa. | 
SOALAN DIMENSI INDIVIDU/ REMAJA/ DIRI SENDIRI
| TAHUN | SOALAN | 
| 2004 (N) | Golongan  remaja merupakan aset penting   kepada negara pada masa hadapan. Mereka  bakal menerajui pemerintahan negara,   menjadi tenaga yang memajukan  negara dan menjaga kedaulatan negara daripada   pelbagai ancaman. Sebagai remaja yang berwawasan, bincangkan   peranan anda untuk mencapai ketiga-tiga hasrat tersebut | 
| 2005 (J) | Pelbagai cabaran perlu anda hadapi sebelum   sesuatu cita-cita itu dicapai.  Jelaskan cabaran-cabaran tersebut serta   langkah-langkah yang perlu anda ambil untuk mengatasinya. | 
| 2005 (N) | Remaja  memang suka mengikut trend semasa   dari segi gaya hidup dan  berpakaian. Trend ini akan mempengaruhi budaya hidup   masyarakat  Malaysia pada masa akan datang. Ulas pernyataan di atas | 
| 2006 (J) | Anda  mengambil bahagian dalam pertandingan   syarahan di peringkat daerah  sempena Hari Kesihatan Sedunia. Tajuk syarahan   anda ialah “Amalan Gaya  Hidup Sihat”.  Sediakan teks syarahan anda selengkapnya | 
| 2006 (N) | Kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi   (ICT) penting dalam kehidupan pada masa ini. Huraikan faedah-faedah yang anda peroleh   dengan menguasai kemahiran ICT | 
| 2007 (J) | Setiap individu perlu mengamalkan sifat   berjimat-cermat. Huraikan cara-cara anda melaksanakan amalan   ini. | 
| 2007 (N) | Anda  mengambil bahagian dalam pertandingan   syarahan peringkat sekolah.  Tajuk syarahan anda ialah ’Rukun Negara Membentuk   Rakyat Berkualiti ’ Sediakan teks syarahan itu selengkapnya. | 
| 2008 (J) | Kitar semula merupakan satu daripada kaedah   pengurusan bahan terbuang. Jelaskan kebaikan-kebaikan amalan kitar   semula | 
| 2008 (N) | Sebagai  setiausaha sidang redaksi majalah sekolah, anda ditugaskan   untuk  menyediakan satu laporan tentang Majlis Anugerah Cemerlang yang diadakan    di sekolah anda. Sediakan laporan itu selengkapnya. | 
| 2009 (J) | Anda  telah memohon biasiswa setelah mendapat   tawaran untuk melanjutkan  pelajaran ke institusi pengajian tinggi. Sehubungan   dengan itu, anda  perlu menghadiri temu duga bagi mendapatkan biasiswa   tersebut. Jelaskan   perkara-perkara yang perlu anda lakukan bagi memastikan anda berjaya dalam   temu duga tersebut. | 
| 2009 (N) | Pengetahuan  tentang sejarah penubuhan negara   kita amat penting difahami oleh  setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan   negara. Jelaskan pernyataan di   atas. | 
| 2010 (J) | Anda telah menyertai satu pasukan sukarelawan yang   membantu mangsa bencana alam. Ceritakan pengalaman anda semasa menjalankan tugas   tersebut | 
| 2010 (N) | Anda telah dilantik sebagai pengawas sekolah. Sebagai pengawas, bincangkan peranan anda untuk membantu pihak   sekolah membentuk murid yang berdisiplin. | 
 
 
 
![MODUL PENULISAN KARANGAN [ BPK ]](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhdUaHUgoBWPP3JkEOQv5MFCZMI7xG_6__oCYm4veO-JplefSUj-rBZ0iOrDiWP8VNzE_SXdsxmJijDkHzue7HgRW1wMsJJ2aaDoGKeqmJM5DqCmTPhS73ynOSY60HP-4nON-_kg9ATYNke/s193/MODUL+PPK.jpg) 
 

0 ulasan:
Catat Ulasan